Jumaat, 10 Februari 2017

Cara mandi wajib -jakim.... Dari Mrstuttutt

Cara mandi wajib

Maksud mandi wajib:
Mandi hadas (junub) ataupon mandi wajib ialah mandi untuk membersihkan seseorang yang sedang mengalami hadas besar (hadas yang mewajibkan mandi). 

Contohnya; 
'bagi lelaki dan perempuan '
~ persetubuhan 
~ keluar air mani 

'khas bagi perempuan sahaja'
~ haidh : darah yang keluar dari faraj perempuan 
~ nifas : darah yang mengiringi kelahiran 
~ wiladah : darah yang keluar dari rahim wanita sebelum melahirkan anak termasuklah keguguran (walaupun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging) .

Oleh itu mandi wajib yang betol dan sempurna  adalah sangat penting  dalam menjadi ibadat kita sehari - hari.  Mandi wajib tetap sah walaupon dengan menggunakan  air hujan,  air paip atau air pancut shower asalkan air itu air mutlak maka ia boleh digunakan untuk mandi wajib. 

Berikut adalah panduan mandi wajib yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan  , sumber dari JAKIM.  

CARA² MANDI WAJIB:


1. Niat dilakukan bersama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota badan. Bacaan niatnya ialah; 
2. Didahulukan dengan bacaan 'bismillahirahmanirrahim'

3. Membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan terlebih dahulu 
¡- mencuci tangan sebanyak 3 kali.            
¡¡ - mencuci kemaluan dengan tangan kiri

4. Berwudhuk.                                                           
¡ - wuduk boleh dilakukan seperti biasa (untuk  solat ) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. 
¡¡ - membaca doa selepas wudhuk.                        

5 . Meratakan air keseluruh anggota badan 
¡- membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak 3 kali.  Bagi wanita perlu melepaskan ikatan rambut supaya air dapat mengalir melalui setiap helaian rambut 
¡¡ - mendahului anggota tubuh yang kanan.          dahulu sebelum  kiri.        
¡¡¡ - setiap basuhan sebanyak 3 kali                    


Sekian,  terima kasih . Anda boleh follow saya dalam instagram di mrstut_tutt bagi pembelian tudung,  songket,  tempahan langsir,tempahan masakan dan sebagainya







1 ulasan: